Saturday, June 11, 2011

Tahniah Penyu!


Adat permainan orang cakap, ada yg menang dan ada yang kalah. Apa pun, penyu sememangnya layak untuk menjulang piala Fa tahun ni sebab bagi aku, semangat pemain-pemain skuad penyu memang begitu hebat walaupun ketinggalan 1-0, namun mereka tetap berjuang hingga ke minit terakhir dengan semangat juang yang tinggi! Tahniah!

Match semalam memang tidak menyebelahi pahlawan merah, walaupun mereka dah hampir untuk bawa pulang piala Fa, tapi jaringan sendiri oleh daudsu telah menyebabkan permainan diheret ke extra time. Namun, bagi aku skuad pahlawan merah memang tiada rezeki semalam untuk merangkul piala Fa dengan kekalahan tipis 2-1. Aku xnampak apa-apa kesalahan daudsu semalam, adatla, kesilapan boleh berlaku bila-bila masa tapi aku masih tak puas hati dengan perangai segelintir penyokong yang masih bersikap tidak menghormati perlawanan. Gara-gara balingan mercun oleh penyokong telah menyebabkan perlawanan terhenti dan ini juga yang menyumbang kepada tambahan masa lagi 4 minit walaupun pada aku memang tak wajar dua kali tambahan masa, tapi ini lah hakikat yang perlu ditelan penyokong pahlawan merah akibat sikap mereka sendiri. Bola sepak takkan maju selagi penyokong masih lagi bersikap macam ni, jangan jadikan budaya hooligans seperti di England di dalam arena bola sepak Malayasia.

Lepas jer habis menonton perlawanan semalam, macam-macam yang aku dengar dari bualan mulut orang, game kena bayarla, ref berat sebelahla, daudsu kena bayarla tapi bagi aku skuad pahlawan merah memang takde rezeki semalam. Walaupon terlepas piala Fa, aku harap skuad pahlawan merah takkan patah semangat sebab kita masih ada lagi liga super dan piala Malaysia yang menjadi idaman setiap team yang mana nilainya lagi tinggi dari piala Fa!

Kekalahan semalam tak pernah melunturkan semangat aku dalam menyokong pahlawan merah! Go! Go! The Red Warriors!!!GKG!!!

P/s: Nok suko kelih mat bon duk nyorok pah ganu sumak gol smale..hahaha!:)

Monday, June 6, 2011

Dilema tiket bola..


Aku ni memang dah frust ngan bola sepak lepas man u kene belasah ngan barca time final champion league ari tu. Ingat nak terus pencen jer tengok bola. Tapi angin kegilaan bola datang balik dalam jantung aku ni lepas tengok pahlawan merah belasah penyu 3-0! Fuh! Bersemangat ah pulak rasa nak tengok final fa kat stadium bukit jalil nanti, tapi aku sebenarnya ada penyakit bila time ada game besar cam ni, dilema tak menentu.

Tiap-tiap kali ada game besar, aku mesti fikir dua, tiga, empat puluh kali samada nak pergi ke tak. Aku pun tak tau apa punya penyakit ni,hehe.. tapi lastly aku pergi gak. Aku cukup malas nak cari tiket awal-awal, dah last minit baru duk gelabah, nasib baik tiket tu ada jer bila aku nak.
Final piala fa 2011 ni, secara peribadi aku rasa memang meriah, pertembungan dua gergasi pantai timur. Kalo dalam la liga ibarat pertembungan barca dengan real madrid, pahlawan merah dah macam barca dah aku tengok, dengan cara permainan yang kemas dan cantik. Penyu pulak ibarat real madrid yang mana diorang memang ramai pemain-pemain berbakat tapi kadang-kadang nasib tak menyebelahi mereka.

Apa pun, all the best buat pahlawan merah dan penyu, harap-harap dapatla tengok game yang menghiburkan dan yang pasti stadium nasional bukit jalil pasti akan sesak dipenuhi penyokong-penyokong setia kedua belah pihak. Aku pulak tetap setia dengan pahlawan merah dan kata-kata keramat pasti takkan kering di mulut nanti.

Gomo kelate gomo!!!

P/s: Dalam dilema nak beli ke tak tiket ni..:)

Saturday, June 4, 2011

New life begin.

Alhamdulillah, lepas 3 kali interview, lastly aku diterima gak bekerja di salah sebuah firma Qs. Bangun jer solat subuh, teros mandi bersiap untuk ke pejabat. Pukul 8.30 am aku kena masuk kerja, pukul 1.00pm rehat sejam, pukul 2.00pm masuk balik sampai pukul 5.30pm aku kuar opis. Hari jumaat lak rehat dua jam dari pukul 12.30 pm sampai pukul 2.30 pm. Kalau rajin buat over time, masukla balik pukul 6.00pm.

Balik jer kerja, lepak kejap kat restoran kawan aku. Borak-borak, makan-makan sejam, pastu teros balik rumah sewa. Sebelum pukul 12.00am, aku kena make sure yang aku dah tido. Kalo tak, alamatnya terlajakla aku pagi esok.

Aku pun tak tau ape yang aku merepek ni, saje jer nak kongsi rutin harian aku yang terbaru lepas habis dunia student aku.:)

Tuesday, May 25, 2010

Cuti semester datang lagi!!!

Alhamdulillah, lega sungguh aku rasa lepas selesai 'final exam', soalan-soalan kali ni memang begitu mencabar minda, stamina dan kekuatan aku sebagai seorang 'student'. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku jawab 'paper' yg begitu mencabar cam ni, aku pernah rasa cam ni 'time' diploma dulu, tapi tak sangka bertemu lagi dengan cabaran cam ni. Apa pun, aku bersyukur kerana masih mampu menjawab sepenuhnya soalan-soalan tu.

Berakhirnya 'final exam' menandakan cuti semester akan bertandang lagi. Sudah agak lama aku tidak berkongsi apa-apa dalam blog aku, jadi aku akan berkongsi sedikit pengalaman di cuti semester ni.

Sesampai jer aku ke negeri yang diberi jolokan negeri 'che siti wan kembang' ni, aku terus ke hospital HUSM untuk melawat uwan (Nenek) aku yang baru lepas menjalani pembedahan tulang pinggul dan seminggu juga aku menemani uwan aku kat wad.

Selepas uwan aku dibenarkan keluar wad, aku memulakan tugas aku menjaga kedai mak aku ni, yang terletak dekat kawasan Pasir tumboh dan uwan aku dijaga oleh adik perempuan aku yang baru balik bercuti.

Begitulah sedikit pengalaman yang ingin aku kongsi di awal cuti semester ni. Tapi banyak lagi 'Mission' yang perlu aku selesaikan sewaktu cuti ni, moga tuhan melancarkan segala urusanku.

Saturday, October 24, 2009

Istiadat Konvokesyen Yang Ke 71















Aku telah selesai menjalani istiadat konvokesyen yang ke 71 di dewan seri budiman di universiti teknologi mara shah alam. Suasana yang begitu meriah sekali dengan kehadiran ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara yang meraikan para graduan termasuklah aku sendiri. Hari tersebut begitu indah dan bermakna bagiku bila aku menerima skrol diploma aku dari naib canselor uitm.

Secara keseluruhan, proses istiadat konvokesyen kali ini berjalan lancar dengan sistem transportasi yang cekap yang memudahkan para ibu bapa untuk ke dewan seri budiman dan proceeding bagus yang dijalankan bagi para graduan seperti saringan untuk kesan sebarang tanda influenza A dan pencegahan seperti mencuci tangan. Namun di sebalik semua tadi, masih ada sedikit kecacatan dan keganjalan yang berlaku. Apa pun, secara keseluruhan, semuanya telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada hari tersebut, terpancar kebanggaan para ibu bapa pada anak-anak mereka bila mana anak-anak mereka berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang masing-masing. Aku juga barasa begitu gembira kerana akhirnya aku dapat membuktikan pada ibu aku yang anaknya mampu berjaya seperti anak-anak orang lain walaupun hanya sekadar diploma. Aku akn membalas segala jasa ibuku yang telah banyak berkorban sehingga aku berjaya menamatkan pengajian aku sekarang dan aku juga telah menyambung pengajian aku ke peringkat ijazah dan berkat doa ibuku, mudah-mudahan aku dapat menamatkan pengajian aku dengn cemerlang insyaallah...

Terima kasih mama...

Tuesday, October 20, 2009

Konvo diploma...


Begitu cepat masa berlalu, aku masih ingat lagi kenangan bersama kawan-kawan di sekolah menengah yang mana kitorang sentiasa melakukan suatu mengikut kehendak diri sendiri. Segala peraturan sekolah tak pernah pun ingin aku patuhi dengan rela hati, ponteng sekolah memang agenda aku bersama kawan-kawn aku tiap-tiap hari. Dalam seminggu persekolahan, memang akan ada hari-hari yang akan aku dan kawan-kawan aku ponteng, biasanya hari-hari ponteng lebih dari hari yang hadir ke sekolah, hehe...zaman muda, darah muda kan. Biasala...

Tamat jer zaman sekolah menengah, bermula pula alam yang baru bagi aku yang mana alam ini sememangnya menjadi impian setiap orang dan ibu bapa pada anak-anak mereka iaitu alam universiti. Agak sukar bagi aku untuk masuk ke universiti kerana keputusan SPM aku begitu teruk dan memang telah menghampakan banyak pihak termasuk ibu aku sendiri. Tapi dengan berkat doa ibu dan kesabaran, tuhan telah memakbulkan impian aku ke universiti untuk mengikuti kawan-kawan aku yang lain. Kehidupan di universiti agak mencabar namun aku berjaya menamatkan diploma aku setelah tiga tahun setengah belajar (tempoh belajar sepatutnya tiga tahun).

Hari ini adalah hari bermakna bagi aku apabila aku akan mendapat skrol diploma aku di dalam majlis konvo yang akan diadakan hari ini. Ramai yang akan datang menyaksikan aku hari ini termasuklah mama, uwan, makcik dan pakcik aku dan lain-lain (buah hati pun ada),hehe...

Hooorrrrai!!!!!!! Alhamdulillah, aku bersyukur....

Friday, October 16, 2009

Akhirnya...

Hari ni aku dah berjaya menyaipkan projek blog aku ni yang dah lama tertangguh akibat kesibukan aku. Biasala, nama pun student, memang sibuk ngan kuliah, assignment yang berlambak, lagi-lagi dalam bidang aku ni,memang tak habis-habis dengan course work. Tadi,time duk baca komen kawan-kawan aku dalam facebook, tiba-tiba masuk komen baru dari sahabat aku yang da lama aku tak jumpa. Bukan tak jumpa sebab sombong ke apa, tapi sebab dia masih lagi duk study kat New Zealand. Aku dengan dia ni satu DUN(Dewan Undangan Negeri), satu wakil rakyat yang sama, tapi kampung lain-lain. Dia bagi alamat blog dia kat aku dan aku pun apa lagi,terus jer buka blog dia, macam-macam cerita tentang zaman persekolahan dalam blog dia(dia satu sekolah menengah dengan aku) dan telah menaikkan semangat aku untuk menyiapkan dengan secepat mungkin blog aku ni. Akhirnya, aku telah berjaya untuk memaparkan post aku yang pertama ni. Alhamdulillah...